
okey, umi dah carikan aku tempat tuisyen. pusat tuisyen ihsan, sebelah kedai khalifah. haha, korang tak tahu kan tak tahu kan? ni tempat aku, aku sorang je lah yang tahu. bwekk :p okey-okey, ini serius. aku telah mengambil dua subjek sahaja iaitu matematik & juga matematik tambahan. aku akan menghadiri kelas tuisyen setiap hari isnin dan rabu pada pukul 8-10 malam. demi pelajaran, takpe, aku sanggup.
oh ya, aku juga telah dilantik sebagai pengerusi kelab rukun negara di sekolah, haha, aku merasakan aku sangat-sangat bertuah kerana aku pelajar baru di situ namun kerana cikgu normisiah mungkin telah perasan akan bakat serta kebolehan aku, sebab itulah beliau melantik aku, hahaha. aku juga semakin peramah & peramah di sekolah tersebut. maka makin ramai jugalah kawan-kawan yang mula menegurku. tapi seperti biasalah, aku tak pandai nak bergaul sangat dengan budak-budak baik ni, takpe, slow-slow okey. yang penting, aku kena terus jaga attitude.
signing out ^^
No comments:
Post a Comment