
aku baru sahaja balik dari sesi latihan menunggang motorsikal. fuhh, penat gila. tadi dapat bawak motor tu sebanyak 3 round sahaja, aku rasa itu sudah mencukupi, lagipun aku juga agak handal & expert dalam bab-bab motor ni, haha. bak kata kawan-kawanku, akulah ex rider terhebat, kepala otak dia!
lepas tu, selama beberapa jam sahaja di situ, aku telah mendapat ramai kawan disebabkan aku muka tembok & terlalu peramah. aku dapat merasakan kehadiran aku di situ mengecohkan keadaan serta menceriakan suasana di kala tengah-tengah hari yang panas buta itu. kami bertukar-tukar nombor telefon.
bila sesi tersebut tamat, maka begitu banyaklah nombor-nombor sesat terpapar di skrin handphoneku. aku cuma mampu tersengih sinis, hatiku berdetik,
"korang ingat aku nak layan korang ke? maaflah, aku taknak membazir kredit aku hanya untuk orang yang baru sahaja aku kenali."
aku tahu, perbuatan sebegitu sangatlah tidak elok, menunjukkan betapa angkuh & sombongnya aku. namun apalah daya, aku memang begini.
signing out ^^