aku ingat lagi,
kali pertama kita berkenalan.
dan saat itu,
aku telah jatuh hati.
dengan sabar,
aku tanam cinta ini.
agar kau terima diriku.
agar kau juga jatuh hati padaku.
satu hari,
kau menerima aku.
dengan penuh rasa syukur,
aku membalas dengan menyayangimu,
segenap hatiku.
macam2 kita lalui.
aku menangis,
aku ketawa,
kau juga akan begitu.
hari ini, aku melakukan kesilapan.
dan aku tahu,
hatimu makin jauh daripadaku.
maafkan aku sayang.
mungkin padamu,
aku tak setia.
tapi hakikatnya,
mereka bukan siapa-siapa.
hanya teman dan tak lebih.
kerana aku masih lagi di sini,
seperti dulu,
masih syg dan akn tetap jatuh hati padamu.
kalau kau membenci,
maafkan aku.
aku tetap akan menunggu,
seperti sebelum ini.
akan ku tanam semula cinta di hatimu.
agar kau tak merasa aku mengabaikan dirimu.
signing out^^
Wednesday, December 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
sumpah, aku sayang mereka ^^


