
pagi tadi, aku terjaga dari tidurku apabila aku mendengar handphoneku berdering, aku lihat, nama hadi terpapar di skrin. aku pun mengangkat panggilannya,
"hello, kenapa call aku pagi-pagi ni?"
"kau ni, semalam iye-iye suruh aku bangun pukul 7 pagi, kata nak jogging, aku dah sampai taman ni, aku tunggu kau! bangun!"
aku sedikit terkejut dan gubra. a'ahlah, aku terlupa. jadi, aku terus lincah, membasuh muka, menggosok gigi & mengisi air bio-aura ke dalam botol minumanku. aku naik ke bilik umi,
"umi, kakak pergi dulu yea. dah lambat."
aku ke bawah semula & terus menunggang motor wave 125 marroonku menuju ke taman permainan rekamas 3. aku lihat, hadi & shahrul nizam atau nama saintifiknya (gedix) telah pun memulakan larian mereka. aku pun membuka langkah kecilku. berlari-lari anak, mengejar mereka. percaya atau tidak, aku cuma mampu berlari untuk 5 round sahaja sedangkan mereka berdua telah membuat 10 round. aku dah tak larat, jadi aku duduk tercongok, tengokkan mereka berdua.
signing out ^^
No comments:
Post a Comment