attention ^^

sesungguhnya, tuan punya blog tidak punya banyak masa untuk kerap meng"update". hal ini disebabkan, pada tahun 2010, dia telah pun berstatus calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Sunday, January 31, 2010

-AHAD.

hearts divider Pictures, Images and Photos
pagi tadi, aku terjaga dari tidurku apabila aku mendengar handphoneku berdering, aku lihat, nama hadi terpapar di skrin. aku pun mengangkat panggilannya,

"hello, kenapa call aku pagi-pagi ni?"

"kau ni, semalam iye-iye suruh aku bangun pukul 7 pagi, kata nak jogging, aku dah sampai taman ni, aku tunggu kau! bangun!"

aku sedikit terkejut dan gubra. a'ahlah, aku terlupa. jadi, aku terus lincah, membasuh muka, menggosok gigi & mengisi air bio-aura ke dalam botol minumanku. aku naik ke bilik umi,

"umi, kakak pergi dulu yea. dah lambat."

aku ke bawah semula & terus menunggang motor wave 125 marroonku menuju ke taman permainan rekamas 3. aku lihat, hadi & shahrul nizam atau nama saintifiknya (gedix) telah pun memulakan larian mereka. aku pun membuka langkah kecilku. berlari-lari anak, mengejar mereka. percaya atau tidak, aku cuma mampu berlari untuk 5 round sahaja sedangkan mereka berdua telah membuat 10 round. aku dah tak larat, jadi aku duduk tercongok, tengokkan mereka berdua.

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

Saturday, January 30, 2010

-PENAT TAU.

hearts divider Pictures, Images and Photos
aku baru sahaja balik dari sesi latihan menunggang motorsikal. fuhh, penat gila. tadi dapat bawak motor tu sebanyak 3 round sahaja, aku rasa itu sudah mencukupi, lagipun aku juga agak handal & expert dalam bab-bab motor ni, haha. bak kata kawan-kawanku, akulah ex rider terhebat, kepala otak dia!

lepas tu, selama beberapa jam sahaja di situ, aku telah mendapat ramai kawan disebabkan aku muka tembok & terlalu peramah. aku dapat merasakan kehadiran aku di situ mengecohkan keadaan serta menceriakan suasana di kala tengah-tengah hari yang panas buta itu. kami bertukar-tukar nombor telefon.

bila sesi tersebut tamat, maka begitu banyaklah nombor-nombor sesat terpapar di skrin handphoneku. aku cuma mampu tersengih sinis, hatiku berdetik,

"korang ingat aku nak layan korang ke? maaflah, aku taknak membazir kredit aku hanya untuk orang yang baru sahaja aku kenali."

aku tahu, perbuatan sebegitu sangatlah tidak elok, menunjukkan betapa angkuh & sombongnya aku. namun apalah daya, aku memang begini.

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

-BANGGA.

hearts divider Pictures, Images and Photos
hari ini aku akan dihantar oleh umi ke batu pahat, johor untuk menjalani sesi latihan motor. aku terpaksa bangun awal kerana aku mesti berada di lokasi sebelum pukul 9 pagi. perjalanan dari simpang renggam ke batu pahat mengambil masa selama 1 jam, jauh kan? kalau nak ke johor bahru pula mengambil masa 1 jam setengah, itu pun kalau lalu highway lah. oh ya, sementara aku menunggu masa untuk mandi, aku ingin melaporkannya di sini. sebenarnya, aku dah dapat lesen L, bangga tak? haha, aku sentiasa berangan untuk cepat-cepat menghadap JPJ supaya aku dapat lesen P pulak. kehkehkeh.

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

Friday, January 29, 2010

-TELEFON BIMBIT.

hearts divider Pictures, Images and Photos

segelas susu dutch lady low fat telah aku habiskan. jadi, yang tinggal hanyalah gelas kaca bercorak bunga-bunga biru yang kosong. ada sedikit susu di bibir gelas tu. selalunya aku minum dutch lady full cream. tapi semalam pergi belanja dekat supermarket tu, yang full cream punya tak ada, terpaksalah ambil low fat punya. adoiyai! apabila sampai di rumah, aku terus bertanyakan kepada ummi,

"where is my handphone?"

lalu dia pun menjawab,

"dekat dalam laci meja ummi."

aku terus berlari ke atas, menerjah masuk ke biliknya, dan men"switch on" kan telefon bimbit aku yang murah tersebut. sebenarnya aku ada dua telefon bimbit, satu murah, satu mahal. tapi telefon bimbit aku yang mahal tu ummi aku yang pakai, maklumlah, dia nak ber"3G" katanya.

okey, berbalik pada perbualan tadi, setelah aku men"switch on" kan telefon bimbit tersebut, mak aii, banyaknya message masuk. begitulah cerita setiap hari jumaat. aku tak boleh pegang handphone ketika hari persekolahan. dah nak cuti barulah ummi bagi.

kesimpulannya, undang-undang baru yang ummi aku buat ni sangat berkesan atas diri aku. antaranya, aku tidak lagi membazir masa dan membazir duit dengan ber"sms" setiap masa. aku juga dapat lebih fokus kepada pelajaran aku. seterusnya aku dapat tidur awal setiap malam. kalau tak, asyik nak bergayut je.

namun malangnya, sejak kebelakangan ini, aku juga telah banyak menghabiskan masa dengan melayari internet. aku berharap, ummi tidak akan sesekali memberi warning untuk memotong internet. amin...

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

Thursday, January 28, 2010

-AZAM.

hearts divider Pictures, Images and Photos

aku baru sahaja mengemaskini blog aku. dan sambil-sambil itu, aku telah membaca semula entry-entry lama aku. ada juga rasa menyampah. patutlah pichah suka delete old entry dia, haha. berkaitan dengan title di atas, azam. azam aku tahun 2010 ni, aku nak menjaga tatabahasa aku dalam blog aku ni, haha. kenapa? entahlah, aku pun tak tahu. mungkin saja-saja buang tebiat. sebagai rakyat malaysia, kita haruslah menggunakan bahasa malaysia dengan sebaiknya dan tepat penggunaannya, betul tak? haha.

what ever !

sekarang ni, aku terlalu sibuk dengan sekolah, banyak homeworks dan aku mesti rajin mengulangkaji pelajaran. ini tahun akhir untuk aku berada di zaman persekolahan, jadi aku kenalah buat yang terbaik kan?

kisah silam?
kenangan pahit?
sejarah hitam?


tak mengapa, telah aku lupakan. yang penting, aku takkan sesekali memandang ke belakang lagi. cukuplah aku hanyut satu ketika dahulu. sekarang aku sudah menjadi najihah yang baru.

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

Wednesday, January 13, 2010

-2010, BUSY.

hearts divider Pictures, Images and Photos
sorry, tak dpt update blog.

kesuntukan masa.

my schedule padat !

-_-'

hearts divider Pictures, Images and Photos

sumpah, aku sayang mereka ^^