
segelas susu dutch lady low fat telah aku habiskan. jadi, yang tinggal hanyalah gelas kaca bercorak bunga-bunga biru yang kosong. ada sedikit susu di bibir gelas tu. selalunya aku minum dutch lady full cream. tapi semalam pergi belanja dekat supermarket tu, yang full cream punya tak ada, terpaksalah ambil low fat punya. adoiyai! apabila sampai di rumah, aku terus bertanyakan kepada ummi,
"where is my handphone?"
lalu dia pun menjawab,
"dekat dalam laci meja ummi."
aku terus berlari ke atas, menerjah masuk ke biliknya, dan men"switch on" kan telefon bimbit aku yang murah tersebut. sebenarnya aku ada dua telefon bimbit, satu murah, satu mahal. tapi telefon bimbit aku yang mahal tu ummi aku yang pakai, maklumlah, dia nak ber"3G" katanya.
okey, berbalik pada perbualan tadi, setelah aku men"switch on" kan telefon bimbit tersebut, mak aii, banyaknya message masuk. begitulah cerita setiap hari jumaat. aku tak boleh pegang handphone ketika hari persekolahan. dah nak cuti barulah ummi bagi.
kesimpulannya, undang-undang baru yang ummi aku buat ni sangat berkesan atas diri aku. antaranya, aku tidak lagi membazir masa dan membazir duit dengan ber"sms" setiap masa. aku juga dapat lebih fokus kepada pelajaran aku. seterusnya aku dapat tidur awal setiap malam. kalau tak, asyik nak bergayut je.
namun malangnya, sejak kebelakangan ini, aku juga telah banyak menghabiskan masa dengan melayari internet. aku berharap, ummi tidak akan sesekali memberi warning untuk memotong internet. amin...
No comments:
Post a Comment