attention ^^

sesungguhnya, tuan punya blog tidak punya banyak masa untuk kerap meng"update". hal ini disebabkan, pada tahun 2010, dia telah pun berstatus calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Monday, December 28, 2009

-KAU MEMORI TERINDAH.








to : my_baby
sent : 10.41 pm
27.12.2009
pk la wak... awk bayangkan apa yg akan terjadi dlm tempoh 7 tahun ni nanti. sy tak rasa sy mampu bertahan. sy taknak wak bazirkan 7 tahun awk utk menunggu sy. sedangkan awk boleh cari yang setanding dgn awk. ye, sy akn jealous, akn sakit hati kalau 1 hari nanti awk dpt pengganti sy. tp sekurang-kurangnya, khidupan awk dah terjamin, awk akn dpt sebuah keluarga yang bahagia. sy mengaku syg, sy bukan yg terbaik utk awk. tp tolonglah wak, jgn pergi dr hidup sy. biarlah kita ada hubungan keluarga yg baik. ummi & adik2 pun da syg sgt kat awk. sy masih perlukan seseorang utk berkongsi itu & ini. sy takde org lain wak, sy cume ada awk, tp bukan lg sbg seorg kekasih. anggaplahh sy ni adk awk. sy msih perlukan bimbingan, sy syg awk :( sy akn selalu rindu pd awk. buat mse yg pnjg ni, biarlahh kita takde ape2 ikatan yg serius. sy akn cuba biasakan diri utk anggap awk abg sy. sy syg awk, sbb tu sy buat mcm ni. sy tahu awk akn lbih happy dgn org lain, bukan dgn sy :( jgn samekan sy dgn ex gf awk. dia tinggalkan awk sbb dia ada yg lain. tp sy bukan mcm tu. sy undur diri sbb sy tahu siapa diri sy, sbb sy tahu, kat depan sane, ada yg lebih boleh buat awk bahagia. i love you too sayang, assalamualaikum...


Friday, December 25, 2009

-TUNANG???

harini sepupu aku ; kak long nak bertunang.
em, best ke tunang tu?
kenapa aku dgr bunyinya mcm seronok je ek? ;D


haha,
nak cuba boleh ke?

Thursday, December 24, 2009

-KACAU.

aku tension :(
too many problems now.

bosan, marah, kecewa, dendam, sedih.
semua tu dlm diri aku skrg ni...
sadis kan aku ni?
but what i'm supposed to do?

keliru...
tak tahu nak kemana.

biarkan aku bebas?
tak boleh, hidup akn jd lebih kucar kacir.

follow the flow?
em, mungkin...

signing out^^

Monday, December 21, 2009

-20 DESEMBER 2009.

semalam hang out ngan ana tersayang di Jusco Tebrau, JB. ada snap photos banyak sgt. but malas pulak nak upload cos seperti biasa, aku online kat cc ni. so susah sikit lahh.

tak buat apapun. just ke sana sini, makan2. nak tgk wayang, tp ramai org lahh. bosan betul. tp apapun, meluangkan masa dgn kau adalah saat yg paling indah sayang :D

aku rindu kau sayangg.
takecare oke :)

signing out^^

Thursday, December 17, 2009

-2 WEEKS MORE.

be patient jiha.
2 weeks more.
then ur normal life will start again.
i miss school.

oke, now jiha kat cc.
don't know why,
internet kat rumah rosak lahh pulakk.
eh ehh, da lama tau jiha tak post entry.
&& tambahan lagi ; dah bape lama jugak jiha tak online ms.
emm, i'm okay now.
dah biasa dgn life sekarang.

jiha pindah sekolah lagi.
SMK dato' abdul rahman andak, simpang renggam.
no more SMK parit betak.
start 2010, jiha akan stay dgn ummi je.

okeokee, dedicated for my babyy :D

syg, sy dah takde sape2 lagi tau.
sy dah tak mcm dulu.
sy dah duduk ruma je,
dgr ckp ummi && awk.
hdup sy hanya sbb Allah, family, awak && ana.
sy janji utk terus berada di jln yg benar ni.
sy mmg tak sempurna.
sy cuba utk berubah.
tp harap awk phm,
tak semestinya manusia biasa mcm sy ni boleh berubah baik terus mcm tu je.
apapun, sy masih jiha.
separuh dr hidup sy, mempunyai masa silam yg pahit.
harap awk phm && boleh terima.
sayang awakk.

signing out^^



Tuesday, December 8, 2009

-I AM FINE.

oke, aku bahagia begini.
happy dengan hidup aku yg sekarang ni.
no more chattin,
just focus pada study && hafiz :)

hubungan kami semakin lancar.
alhamdulillah.
janji syg, sy tak buat hal lagi.
i love you so much babyy :D

Wednesday, December 2, 2009

-AKU PERLU KAMU.

aku ingat lagi,
kali pertama kita berkenalan.
dan saat itu,
aku telah jatuh hati.

dengan sabar,
aku tanam cinta ini.
agar kau terima diriku.
agar kau juga jatuh hati padaku.

satu hari,
kau menerima aku.
dengan penuh rasa syukur,
aku membalas dengan menyayangimu,
segenap hatiku.

macam2 kita lalui.
aku menangis,
aku ketawa,
kau juga akan begitu.

hari ini, aku melakukan kesilapan.
dan aku tahu,
hatimu makin jauh daripadaku.
maafkan aku sayang.

mungkin padamu,
aku tak setia.
tapi hakikatnya,
mereka bukan siapa-siapa.
hanya teman dan tak lebih.
kerana aku masih lagi di sini,
seperti dulu,
masih syg dan akn tetap jatuh hati padamu.

kalau kau membenci,
maafkan aku.
aku tetap akan menunggu,
seperti sebelum ini.
akan ku tanam semula cinta di hatimu.
agar kau tak merasa aku mengabaikan dirimu.

signing out^^

Friday, November 27, 2009

-RADIO AMATUR.

plan terbaru jiha, jiha nak join Uncle G, join kelab radio amatur dia tu. well, jiha tertarik sgt sbb it's fun babe. tp jiha just nak belajar dulu everything bout this field. because jiha pun masih lg seorang student sekolah, so jiha tak dpt nak ligat or lincah sgt dlm kelab ni. && one more thing, ahli2 kelab tu semua mempunyai profesion yg sgt2 bagus, such as kastam, majistret, cikgu2, && banyak lg. thanks to Uncle G, Uncle Fitri && Uncle Ali cos memperkenalkan jiha dgn kelab ni. now jiha sgt2 tertarik dan sgt2 nak tahu semuanya. && for sure, jiha kena collect duit dulu cos nak beli walkie talkie cam diorang gakk ;) oke, tak sabar nak tunggu exam bulan 3 tahun depan utk dpt kan lesen kelas B (9W2). then i'll get my call sign ; 9W2 FBP (Foxtrot Bravo Papa) hee :D apapapun, i'm still a freshie, tunjuk ajarku sifu, bye.
signing out^^

Sunday, November 22, 2009

-CELEBRATE BIRTHDAY HAFIZ DI BATU PAHAT.

assalamualaikum.
baca title di atas, itu tajuk entry kali ni :)
jenguk2 kejap jumm.

semalam, kitorang satu family pergi celebrate birthday hafiz kat batu pahat. emm, sorry sayang cos sy tak ada hadiah utk awk. tp sy dah berikan awk satu memori yg sgt indah kann? :) keluar dgn family, ramai2, happenin, sy tahu awk sukakannya :) jalan2, karaoke, shoppin2, makan2, then tgk movie, 2012. kitorang pergi pukul 3, balik pukul 1 pagi. hahaha. harini penat nak matii xD

signing out^^

Monday, November 16, 2009

-ATTENTION.

today is monday.
seperti biasa, i hate mondays :)
em, aku ponteng sekolah lg hari ni.
tp petang ni aku balik "hostel".
so seminggu lahh aku tak dpt tercongok depan pc kesayangan ni.
kawan-kawan, don't miss me :D
hahaha.

tak sabar tunggu cuti akhir tahun.
then i'll start a new life again.
whoaa, syoknyaa.

note : minggu depan nak pergi celebrate birthday hafiz :)

signing out^^

Sunday, November 15, 2009

-PAGI AHAD.

assalamualaikum :)

rasanya mcm dah lama sgt Cik Jiha tak post entry yang best2 ;D haha, actually, harini pun bukannya aku nak post entry yang best sgt. cuma nak cerita aktiviti aku harini je, aktiviti di Pagi Ahad :) well, aku ni, mcm agak susah nak rasa happy sangat2, happy yg betul2 happy. but today, in this Sunday Morning, aku bangun tidur dgn rasa tenang && so freshie :) helpin my ummi in the kitchen, siapkan breakfast. && then breakfast sama2. seperti biasa, bila we all dah duduk berkumpul di meja makan, mcm2 benda akan menjadi topic utk discussion kitorang. hahaha xD tak kiralahh kat mana. restaurant or home, mmg benda tu dah menjadi tabiat kitorang. sbb tu ramai org ckp, we all ni mcm adik-beradik, mcm bestfriend, haha. after that, aku buatkan ummi aku FB. cos dia check email dia, then dia terjumpa kwn lama dia 20 tahun yg lps. so kwn dia suh buat FB && cari kwn2 yg lain, kira nak reunion lahh. that's why aku tolong buatkan FB utk dia. but a little bit hard lahh. hahaha, pening aku guna FB, tak phm sgt. myspace lagi senang kott. ohh yeahh, btw, add lahh FB aku juga ;) cikjiha@ymail.com. then sambil2 tu, aku tgk ummi aku berchattin. haha, chat dgn budak umur 22. bayangkanlahh, ummi aku yg jarang chat tu menekan keyboard dgn terkial-kial. hahaha, lawak gilagilaa ;D em, happy sgt bila tgk ummi gelak2, senyum. she deserve it. cos selama dia kahwin dgn ayah pun, dia tak pernah segembira itu. PUAS HATI AKU TENGOK DIA MACAM NI :) oke, aku biarkan dia seketika dgn net cos aku nak mandi masa tu. dia pun naik bengong gak mcm mana nak handle FB, lantaklahh. aku dah tak selesa dgn badan aku yg tak mandi tengah hari tu. lepas mndi, aku tgk, computer dah beralih tuan. aku masuk bilik ummi && aku tgk dia tgh make up. i asked her, "where do u want to go?" then dia jawab, "meet my friend." aku senyum je. "jumpa Uncle G lahh tu :b" aku cakap. hahaha, dia gelak je. okeokee, aku tak kisah pun cos Uncle G tu bestfren ummi. && he's my bestfren too :) em, now dah pukul 8 mlm, i'm waitin for my ummi, bila dia nak balik? takpelahh, enjoy your date sayangg :) kaklong kat rumah boleh jaga adik2. takecare.

signing out^^

Tuesday, November 10, 2009

-BOSAN + BORING = BOSING.

hye gengg :) today, aku online kat comp lab kat sekolah. but sgt boring cos internet slow gilagilaa ;D now, tgh chatting kat ym je. huu, add lahh my ym.
signing out^^

Sunday, November 8, 2009

-DATE WITH MY SAYANG.

assalamualaikum.

haii :) today, i've went to Kluang with hafiz. also dgn adik nabilah. i ajak sekali kwn nabilah, piqa. kira my adik angkat lahh. huu, i takleyh gi datin berdua je ngan hafiz. ummi pun tak kasi. elak drpd buat yg bukan2 :) alhamdulillah, setakat ni pun, we all tak pernah buat yg bukan2. so, sprti biasa lahh. pergi makan, tgk wayang kat kluang mall. citer thai, phobia 2. best gilerr. satu hall terjerit-pekik sbb ngeri sgt. hahaha. tp syg lahh. tak sempat snap photos. tp kann, kitorang gi kedai gambar. buat gambar size pasport. haha, then tukar. so now, dlm purse i, baru ada gambar dia. haha, dia pun sama. tah pape je, dah setahun baru buat mcm tu. no wonder my frens kata, kitorang ni pelikk. emm, setelah sebulan lamanya tak jumpa dia, harini baru dpt jumpa dia, aku rasa best sgt. terubat arr rindu kat hati nii, hahaha. jiwangnyaa!

balik td, kitorang borak2. and dia cerita bout kerja dia. cian gilaa. dia tiap2 hari berulang alik ke kota tinggi sbb nak siapkan projek kat sana. aku sruh dia tidur sana. tp dia kata, "takpelah, projek ni msih dlm negeri johor. sy boleh ulang-alik." degil! kan membazir duit apa semua. emm, tp biar je lahh. urusan dia, mls nak bising sgt. dia lebih tahu apa baik nya. emm. sampai sini dulu lahh.

*i rindu postmann. lama dah tak nampak dia :(

signing out^^

Saturday, November 7, 2009

-AKU SAYANG KAU ANASUHA.

nama dia anasuha bt zul. aku syg gila kat dia. kitorang mmg dah mcm adik beradik even umur sama. kitorang gila ice. gigi kitorang kuat kononnya, boleh kunyah ice mcm tu je, mcm mkn keropok. tp dia lg hebat dr aku sbb gigi dia lagi kuat. hahaha. dia duk JB. kitorang jarang jumpa. kitorang selalu saling rindu merindui ;) semalam dia dtg rumah, kitorang lepak sama2, tidur sama2, mkn sama2, online sama2. tp sekarang dia dah balik. and for sure, i'll miss her :(
*ana syg, nanti2 kita jumpa lagi k :) aku rindu kow. jaga diri baik2. jgn nakal2 tau cayangg.
signing out^^

Saturday, October 31, 2009

-GADUH.

tghari tu, lepas aku balik sekolah, aku sms hafiz.
"awak, sy dah balik. awk tgh buat apa? dah lunch belum?"

aku tunggu, tunggu && tunggu, dia tak reply satu apapun. tghari tu patutnya dia free because tu time rehat. biasanya kalau aku sms, dia akn reply. but unfortunately, smpai ke mghrib dia takde call or sms.

lepas mghrib, dia miscall. just a MISSCALL! aku sms,
"apa yg awk buat tghari td? bagus kan tak reply sms sy? 1 call or sms dr awk pun sy tak ada dpt. sgt bagus. entah dgn siapa, buat apa, sy taktau apa2 pun."

after that, dia jawab,
"awak, kalau awk sndiri x nak sy ni buruk sangka pd awk, awk jgnla nak buruk sangka pd sy. knp awk mesti nak marah sbb sy tak reply sms awk? awk tak boleh berfikir ke yg sy ni sdg sibuk bkerja? awk tak boleh ke beranggapan baik utk sy? sy ni cuba fahamkan diri awk, cuba fahamkan kemahuan awk. awk pulak tak boleh ke nak fhmkan diri sy, tugas sy? susah sgt ke awk? apa lg yg awk nak sebenarnya ni?"

huu :( dia tak pernah marah aku mcm tu. yeahh, i admit it. mmg salah aku pun. selalu sgt mendesak dia. mlm tu, dia call,

aku : awakk, i am sorry.

hafiz : mcm tu je?

aku : ye, sy salah. janji tak buat lg. sy cuma tertanya-tanya knp awk tak reply. pdhal tu kan time awk rehat.

hafiz : em, i am sorry too sygg. sy tension sikit. skrg ni banyak sgt projek. && ada barang tak sampai2, budak2 pulak salah buat kerja. so, stress sikit. sorry ye, marah awk mcm tu.

aku : oke, awk jgn marah lg ye.

hafiz : sy marah kalau awk cari pasal dgn sy je, hahaha. oke syg, selamat mlm, assalamualaikum.

fuhh :) legaa. dah baik dahh.

Saturday, October 24, 2009

-FINAL YEAR EXAM 2009.


duhh.
2 minggu exam.
minggu depan, last :)
yeahh.
then kita buat cuti sendiri ye ;b
hahaha.
signing out^^

Monday, October 19, 2009

-SETAHUN SUDAH.

assalamualaikum.


gambar2 di atas adalah pemberian daripada Mohd. Hafiz saya :) well, ianya sempena hari ulangtahun hubungan kami. even baru setahun, tapi sy berharap, hubungan ni kekal sampai bila2. i don't know why, but i've never falled in love like this before. it's something different. maybe because he got something special. hahaha. i don't wanna be "jiwang" lahh. but since dilamun benda2 ni, automatik, jiwang tu dtg :b (normal kan benda tuu?)

oke, activities kami pd hari ini, emm, takdela best sgt pun. mcm biasa, seperti hang out di hari2 biasa. tgk movie, jalan2, shopping, makan2. thank you for my beloved sisters ; najwa && nabilah kerana sudi temankan we all gi datin :b tolong snap photos apa semua && tolong menghabiskan duit abg hafiz korang :D

signing out^^

Saturday, October 17, 2009

-ESOK ANNIVERSARY DATE.

esok ada date dgn hafiz.
finally, we all dah setahun.
haha xD
jakun sikit ahh.
cos first time i kwn dgn lelaki secara serius selama ini :)
esok lps habis date,
i update lagi k ;D
wait for me.

signing out^^

Friday, October 16, 2009

-UPDATE KAT SEKOLAH.

whoaa ;D
syok pulak first time update kat sekolah, haha xD
time ni ada presentation bm kat computer lab yayasan iskandar ;)

bye gengg ;D

Monday, October 12, 2009

-UMMI.

ummi.
entry yang agak menarik hati aku pd kali ini.
don't know why. teringin sgt nak cerita psl dia. oke,
her name is Norish. she's 37 years old, got 6 children ;
4 girls && 2 boys.
ummi i ni, very kindly. tapi dlm kindly2 dia tu, garang jugak ;b dulu masa kecik2, aku menyampah sgt bila selalu kena marah dgn dia. mana tidaknya, dia garang sgt. rotan, tali pinggang, tu semua harta2 dia. well, aku pun boleh tahan jugak nakalnya. sbb tu dia selalu mengamuk ;D then, makin hari, aku makin besar. adik2 pun makin besar. mcm2 kerenah,
mcm2 hal yg we all buat, yg asik buat ummi naik angin. kesiannya. sampai 1 hari, satu MASALAH besar dtg melanda ; family problem. i don't think that u should know this secara terang-terangan. i bg klu je ; well, bila org lelaki ni dah miang, dia akn mula nak cari yg lain. so phm2 la sndri. masa tu, aku mcm tak phm apa-apa pun yg ummi rasa. yg aku phm, aku cuma rasa sakit hati && sedih bila dpt tahu ayah aku dirampas orang lain. tapi, tu kejadian 2 tahun lepas. now, i'm sixteenth years old already. aku seolah-olah makin memahami, makin
merasai perasaan ummi aku. baru aku sedar, betapa susahnya utk menjadi seorang ibu tunggal, yang nak melayan kerenah tiap2 anaknya, yang nak kena uruskan hal rumah, yang nak kena pergi kerja, yang nak kena masak utk we all. OMG, kalau aku, boleh ke aku buat semua tu? hanya dengan dianugerahkan 2 tangan && 2 kaki ni? aku rasa mcm tak mampu. but she? huhh, A SUPERWOMAN. that's why la, sampai bila2 pun aku bangga dgn dia. how much i love her. betapa seronoknya aku bila dapat buat dia tersenyum && ketawa. makin hari, aku makin berazam, aku taknak buat dia susah hati, aku taknak buat dia menangis kerana kesilapan aku walaupun sekecik semut. well i know, dia akan baca benda ni. cos dia mmg suka spy aku ;) dia takut aku buat benda yg bukan2. && from here, i want to tell u ummi, i love you :') i love you so much! i know how it feel, being a single mom, having no partner anymore, to share all your happiness, all your sadness. but u must know this, u still have your children. today, i'm here because of you. && i'll always be here with u, no matter what. dear people, menjalani hari2 seperti ini, bukanlah mudah. org akn nampak luaran kita, tersenyum, ketawa, cool && seronok. tp apa yg tersimpan dlm hati, susah org nak nampak. but i can see that, aku nampak apa yg ummi sorok. && aku rasa sakit bila tengok mata dia bergenang dgn airmata, bila dia berpura2 mcm takde apa yg berlaku, bila dia terus bekerja walaupun aku tahu dia dah penat.
(i'm crying. teruskan menaip cik Jiha!)
no, i can't keep goin on with this entry. i'm crying. huhh, it's hard to explain. maybe one day, u'll get it. as the conclusion ; tolonglah, jgn sakitkan hati ibu. jgnlah terus salahkan dia bila sekali dia buat silap. sbb selama ni, bila kita buat silap, dia tak pernah simpan, dia terus memaafkan. begitu mulianya ibu kita.
signing out^^

Monday, October 5, 2009

-HELP ME.

i'm dying!
presentation for BM, this wednesday!
and i still have no idea +_+"
tema; yang tua dihormati, yang muda disayangi.
budi bahasa budaya kita.
my group;
wanie, amal & fatin.
signing out^^

Saturday, October 3, 2009

-MINGGU INI.

dear diary...
harini aku bangun tidur dengan perasaan yang sangat okay. tak sedih, tak happy, but just cool. harini aku nak bercerita, nak berkongsi, apa yang aku dah dapat dalam minggu ini. seperti biasa lahh, bila aku sedang menghadapi macam2 dugaan & macam2 situasi, aku akan katakan "life is a journey babe!" then i'll be cool.
minggu ini, aku belajar betapa pentingnya menjaga hati seseorang. tak kiralah, hati kawan, hati keluarga, hati kekasih or hati siapa2 je. well, aku sedar benda ni kerana pada hari tu, hati aku tidak dijaga. ayah tak jaga hati aku. okay, it's just a small matter. but pls ayahh, kita jarang luangkan masa bersama. & sometimes, masa terlalu cemburu dgn kita sehingga sekarang ni, saat2 indah antara kita dah tak pernah muncul. so can u pls? pls treat your daughter nicely. eventhough just for 1 minute. cos i miss that feel, laughing & joking with you :(
minggu ini juga, aku belajar mcm mana caranya utk bergelar seorang kawan yang baik. aku punyai ramai kawan, tapi tak semuanya baik. mereka ada cara masing2. & mereka sibuk mengatakan, merekalah kawan yang terbaik. aku juga mengaku, aku sering berkata begitu. but one day, entah macam mana, ada sesuatu peristiwa telah berlaku pd hari tu. mungkin itu petanda, utk tunjukkan aku, siapa kwn yg betul2 kwn, siapa kwn yg mkn kwn. seorang kawan yang betul2 bernama kawan akan selalu tunjukkan kita ke jalan yg benar. contohnya, Kak Im :) she's my classmate. she's also my maths & acc tutor. she's a nice person. sgt merendah diri, sederhana, tapi dia ada sesuatu yg sgt istimewa. dia membuatkan aku rasa, rasa... entahlah. susah nak digambarkan.. dia ajak aku solat sama2, mengajar aku & bila duduk2 dgn dia, aku tak rasa aku buang masa. tapi seorang kwn yg makan kwn, dia akan selalu mengajak kita buat benda yg bukan2, yg tak berfaedah, yg merugikan diri kita sendiri. contohnya, Aku. aku ingat lagi mcm mana aku ajak kwn lama aku ponteng kelas, aku ajar mereka benda2 yg tak sepatutnya aku ajar. huhh, sorry guys. i'm not a good fren. dan baru harini aku sedar. aku ingat, aku yg terbaik, rupa2nya tak. tapi tak semestinya sekali aku begitu, selamanya aku mcm tu. kann? aku manusia biasa, kdg2 buat silap walaupun aku tak rasa aku buat silap. & mmg kita tak boleh selalu jd yg baik. tapi kita boleh berusaha mengelak melakukan benda2 yg tak baik. ummi kata "nak cari kawan yang baik, kita kena jadi kawan yang baik dulu". aku percaya itu ;)
buat kehidupan, terima kasih. terima kasih kerana mengajar aku banyak benda.
buat ummi, terima kasih. terima kasih kerana selalu memberi kata2 pendek, namun berharga buat aku :)
signing out^^

Monday, September 28, 2009

-BACK TO HOSTEL, NO HOLIDAY ANYMORE.

assalamualaikum...
dear diary...

cuti dah habis. so it's time for me to go back to the "hostel". i am sure i will miss these all things. mengarut dlm blog, berchatting di myspace. huhh :(

but it is oke. em, Cik Jiha, selamat menyambung semula pelajaran anda di sekolah :)

signing out^^

Wednesday, September 23, 2009

-MERIAHNYA RAYA.


LOCATION : kampung, rumah maktok && bapak.
oke, nice :) di atas ni adalah gambar family aku. tak cukup seorang iaitu seorang AYAH. what to do what to do. mmg nasib tahun ni, raya 2009 ayah takde lagi dlm gambar. harap dia berbahagia la beraya bersama family baru dia (harap dia tak happy dgn bini baru dia!!!) huhh, what ever.

masa mlm raya tu, mmg kecoh betul rumah maktok. selalunya kalau pukul 9 mlm, dah senyap dah sebab masing2 dah tidur. tp disebabkan haritu mlm raya, semua sibuk dgn kerja masing2. ummi iron baju raya we all adik beradik. makngah sibuk buat kuih && kek. ucu && pakcu yang duduk kat batu pahat pun balik kampung jugak, sibuk membahagikan mercun && bunga api buat anak2 sedara && anak they all. haha, mmg syok habis!

malam tu, mmg tak sabar tnggu esok, yeayy!! dah nak raya :) haha. even aku dah 16tahun, aku taktahu kenapa tiap kali raya datang, aku seronok sangatt. macam jadi budak kecik balik. malam tu semua tidur pukul 12.

esok pagi, bangun solat subuh apa semua, mmg happy. semua ketawa && senyum memanjang je. takde sorang pun yg muram or sedih. makan ketupat, burasak, rendang, ayam masak kicap, sayur lodeh, wahh :D sedapp! lepastu, semua pergi sembahyang raya. balik dari sembahyang raya, tiba lah sesi untuk mengeluarkan air mata :p we all saling maaf-bermaafan.

entah mcm mana, tiba2 aku sebak :( aku tengok, makngah ada pakngah. ucu ada pakcu. but then... my mom? "ummi, kak long tahu ummi sedih sgt. sbb tahun ni, tahun pertama ayah tak ada kat sini." bisik hati kecil aku. yg menariknya, ummi sangat tenang && perkara tu buat aku bangga && sgt bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sgt kuat && tabah. i love you ummi :') janji, kak long taknak jadi anak yg menyusahkan ummi. i want you to be happy even though ayah is not here with us anymore.

oke, then semua bergambar dengan family masing2. actually, aku ada snap gambar family makngah && ucu gune hp pakngah. sayangnya, aku terlupa nak bluetooth kat hp aku. but it's oke lahh. dah selesai sesi bergambar apa semua, we all konvoi pergi rumah sedara2 yang berada di dalam negeri Johor Darul Takzim ni :)

bayangkan, dalam sehari, aku dah collect RM300 :D dasyat tak dasyat? dah besar2 dapat duit raya, mmg muka tak malu pergi beratur belakang adik2 aku masa raya tuu :p haha, nak buat macam mane. sementara masih sekolah ni, buatlah dulu perangai budak kecik. nanti bila dah habis sekolah, dah kerja, kita pulak yg kena bg duit raya kat budak2 kann? :)

hehe, terlupa pulakk. sebelum balik kampung tu, hafiz dtg rumah aku. dia hulurkan kad raya :) dia kata "tak mahu baca sekarang. baca malam nanti." aku senyum je. dia siap tolong pasangkan langsir kat rumah sebab we all semua tak sampai. haritu pun masa tanggalkan langsir, hafiz jugak yg buat. haha, untunglah ummi nanti dpt menantu tinggi nak mati nii :p then bila dah balik kampung, malam tu lahh aku baca kad raya dia, sambil pegang bunga api yg ucu bagi tadi. dah habis baca, aku senyum memanjang :)

mana taknya, he's so sweet. ucapan dia, betul2 buat aku cair. oke2, whatever! tak mahu cerita :p dalam sampul surat kad raya dia tu, ade sampul duit raya. aku bukak perlahan2, dan tengok @_@" mak aii!! banyaknya dia bagi, RM50. hemm, thank you sayang :) haha.

sekarang ni, dah masuk raya ke-4. guess what, tekak aku sakit sangatt. tekalah kenapa? haha, ni semua sbb adik2 dan sepupu2 kecik aku tu. tiap2 mlm main mercun && bunga api. tiap kali bakar mercun, masa tu lah, masing2 sibuk jerit2 "ke tepi ke tepi!!!" aku pun turut serta menjerit. hahaha, iyelahh, takut2 nanti meletup kat tangan ke apa ke, kan nanti susah, beraya kat hospital pulak jawabnya.

haa, satu lagi nak dikongsi bersama, jumm2 :)

duit raya :D

ummi : RM10
makngah : RM10
ucu : RM10
maktok : RM20
ayah : RM70
papa : RM50 (please... cepat2 kahwin dgn ummi ;))
hafiz : RM50

oke, setakat itu je lah yg mampu aku tulis. lainkali kita sambung lagi ea. bye, assalamualaikum..

signing out^^

Saturday, September 19, 2009

-POSTMAN.


to : Mr. Postman.
dear mr. postman.
today i've wrote a letter for you.
well, i really want to tell u a big secret.
it's about me, it's about what i felt.
and it's just for you :)
oke, i've been asking to myself all this time.
are you married?
what's your age?
yahh, i can't deny this.
i really want to know you :)
LOL!
the fisrt day u hantar surat kat rumah i,
then u senyum.
OMG! totally sweet la wehh.
u made me fall in love with a fisrt sight.
mcm tak mau percaye.
tapi tu la, smpai sekarang ni.
even though i have a really sweet boyfriend,
i'm still admiring you :)
haha, what ever!
i just nak bagitahu u itu je.
tu pun kalau u tahu lahh.
and i know that mr. postman,
u pun suke i jugak kann? :)
mcm i tak tau.
tiap kali u lalu depan rumah i,
mesti u press hon motor u.
u nak tgk i kann?
haha, i rase ape yg u rase.
i tahu u nak mintak no i.
sbb tu haritu u tunggu lame2 depan rumah i.
tapi i lembab sgt keluar rumah nak amik surat,
then u terus blah mcm tu je :p
but i tak kisah pun.
dapat tgk u senyum pun jadilah.
sbb i dah ada yg satuu.
yg lagi i sayang.
Cik Hafiz :)
p/s *postman tu mmg handsome gila ahh. i bet, mesti dia belum kahwin lagi ;)
Jiha, miangnye kau nii!
signing out^^

Tuesday, September 15, 2009

-MENGHITUNG HARI.

Dear diary...
Lokasi aku berada sekarang ialah di cc dekat2 dgn hostel aku ni. aku keluar kejap. actually nak ke bazar, beli makanan yg agak2 aku rase best, haha. tapi menyerong kejap. em, menghitung harii! tinggal 5 hari lagi nak raya. i can't wait lahh :D mesti meriah tahun ni. raya di tempat baru, di hostel nii :p aku tolong makngah buat kek, buat kuih. ahh, dugaan! haha.

Dear diary...
i don't have much time right now. i have to go. cume saje2 mereportkan warkah di sini :p assalamualaikum...

signing out^^

Sunday, September 13, 2009

-GOING BACK TO HOSTEL.

dear diary,
petang ni dah nak balik hostel dah. i'm going to pack all my things after this. i'll miss this keyboard :p LOL!

cuti sabtu ahad ni baguslah. even tak lama, aku happy sbb dpt jumpa family. dpt jumpa hafiz jugakk :) petang semalam or kelmarin, tak ingatlah. dia dtg rumah && we all pergi bazar. cari juadah utk buka puasa. after that, balik. buka puasa kat rumah aku. baguslah kan, ummi suka dia :) tak halang aku kawan dgn dia. jarang jumpa dia. bila dah jumpa, mcm2 nak cerita. petpotpetpot itu ini, dia balik pukul 10.30. ni lastday aku kat sini, lepas ni susah sikit nak jumpa dia.

oh yeahh, kan dah nak raya kan? tinggal seminggu lagi. tak sabar pulakk. nak pakai baju raya laplip laplip tu kann :p LOL! esok dah naik sekolah, mesti kecoh la budak2 bawak mercun pergi sekolah. haihh, apepun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)

dear diary,
i'm leaving now. banyak lagi kerja belum diselesaikan. jumpa di lain hari ye sayangg. assalamualaikum...

signing out^^

-UPDATE.

so, is it nice? my new page?
well, aku ambik masa beberapa jam untuk mengedit benda2 ni semua.
now, i'm going to sleep. even masih belum selesai aku menyiapkan page ni, aku mesti tidur sbb dah lewat sangat skrg ni.
dah pukul 4.30 pagi.
huaaa, good morning everyone :)


signing out^^

sumpah, aku sayang mereka ^^