dear diary...
harini aku bangun tidur dengan perasaan yang sangat okay. tak sedih, tak happy, but just cool. harini aku nak bercerita, nak berkongsi, apa yang aku dah dapat dalam minggu ini. seperti biasa lahh, bila aku sedang menghadapi macam2 dugaan & macam2 situasi, aku akan katakan "life is a journey babe!" then i'll be cool.
minggu ini, aku belajar betapa pentingnya menjaga hati seseorang. tak kiralah, hati kawan, hati keluarga, hati kekasih or hati siapa2 je. well, aku sedar benda ni kerana pada hari tu, hati aku tidak dijaga. ayah tak jaga hati aku. okay, it's just a small matter. but pls ayahh, kita jarang luangkan masa bersama. & sometimes, masa terlalu cemburu dgn kita sehingga sekarang ni, saat2 indah antara kita dah tak pernah muncul. so can u pls? pls treat your daughter nicely. eventhough just for 1 minute. cos i miss that feel, laughing & joking with you :(
minggu ini juga, aku belajar mcm mana caranya utk bergelar seorang kawan yang baik. aku punyai ramai kawan, tapi tak semuanya baik. mereka ada cara masing2. & mereka sibuk mengatakan, merekalah kawan yang terbaik. aku juga mengaku, aku sering berkata begitu. but one day, entah macam mana, ada sesuatu peristiwa telah berlaku pd hari tu. mungkin itu petanda, utk tunjukkan aku, siapa kwn yg betul2 kwn, siapa kwn yg mkn kwn. seorang kawan yang betul2 bernama kawan akan selalu tunjukkan kita ke jalan yg benar. contohnya, Kak Im :) she's my classmate. she's also my maths & acc tutor. she's a nice person. sgt merendah diri, sederhana, tapi dia ada sesuatu yg sgt istimewa. dia membuatkan aku rasa, rasa... entahlah. susah nak digambarkan.. dia ajak aku solat sama2, mengajar aku & bila duduk2 dgn dia, aku tak rasa aku buang masa. tapi seorang kwn yg makan kwn, dia akan selalu mengajak kita buat benda yg bukan2, yg tak berfaedah, yg merugikan diri kita sendiri. contohnya, Aku. aku ingat lagi mcm mana aku ajak kwn lama aku ponteng kelas, aku ajar mereka benda2 yg tak sepatutnya aku ajar. huhh, sorry guys. i'm not a good fren. dan baru harini aku sedar. aku ingat, aku yg terbaik, rupa2nya tak. tapi tak semestinya sekali aku begitu, selamanya aku mcm tu. kann? aku manusia biasa, kdg2 buat silap walaupun aku tak rasa aku buat silap. & mmg kita tak boleh selalu jd yg baik. tapi kita boleh berusaha mengelak melakukan benda2 yg tak baik. ummi kata "nak cari kawan yang baik, kita kena jadi kawan yang baik dulu". aku percaya itu ;)
buat kehidupan, terima kasih. terima kasih kerana mengajar aku banyak benda.
buat ummi, terima kasih. terima kasih kerana selalu memberi kata2 pendek, namun berharga buat aku :)
signing out^^
No comments:
Post a Comment