
LOCATION : kampung, rumah maktok && bapak.
oke, nice :) di atas ni adalah gambar family aku. tak cukup seorang iaitu seorang AYAH. what to do what to do. mmg nasib tahun ni, raya 2009 ayah takde lagi dlm gambar. harap dia berbahagia la beraya bersama family baru dia (harap dia tak happy dgn bini baru dia!!!) huhh, what ever.
masa mlm raya tu, mmg kecoh betul rumah maktok. selalunya kalau pukul 9 mlm, dah senyap dah sebab masing2 dah tidur. tp disebabkan haritu mlm raya, semua sibuk dgn kerja masing2. ummi iron baju raya we all adik beradik. makngah sibuk buat kuih && kek. ucu && pakcu yang duduk kat batu pahat pun balik kampung jugak, sibuk membahagikan mercun && bunga api buat anak2 sedara && anak they all. haha, mmg syok habis!
malam tu, mmg tak sabar tnggu esok, yeayy!! dah nak raya :) haha. even aku dah 16tahun, aku taktahu kenapa tiap kali raya datang, aku seronok sangatt. macam jadi budak kecik balik. malam tu semua tidur pukul 12.
esok pagi, bangun solat subuh apa semua, mmg happy. semua ketawa && senyum memanjang je. takde sorang pun yg muram or sedih. makan ketupat, burasak, rendang, ayam masak kicap, sayur lodeh, wahh :D sedapp! lepastu, semua pergi sembahyang raya. balik dari sembahyang raya, tiba lah sesi untuk mengeluarkan air mata :p we all saling maaf-bermaafan.
entah mcm mana, tiba2 aku sebak :( aku tengok, makngah ada pakngah. ucu ada pakcu. but then... my mom? "ummi, kak long tahu ummi sedih sgt. sbb tahun ni, tahun pertama ayah tak ada kat sini." bisik hati kecil aku. yg menariknya, ummi sangat tenang && perkara tu buat aku bangga && sgt bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sgt kuat && tabah. i love you ummi :') janji, kak long taknak jadi anak yg menyusahkan ummi. i want you to be happy even though ayah is not here with us anymore.
oke, then semua bergambar dengan family masing2. actually, aku ada snap gambar family makngah && ucu gune hp pakngah. sayangnya, aku terlupa nak bluetooth kat hp aku. but it's oke lahh. dah selesai sesi bergambar apa semua, we all konvoi pergi rumah sedara2 yang berada di dalam negeri Johor Darul Takzim ni :)
bayangkan, dalam sehari, aku dah collect RM300 :D dasyat tak dasyat? dah besar2 dapat duit raya, mmg muka tak malu pergi beratur belakang adik2 aku masa raya tuu :p haha, nak buat macam mane. sementara masih sekolah ni, buatlah dulu perangai budak kecik. nanti bila dah habis sekolah, dah kerja, kita pulak yg kena bg duit raya kat budak2 kann? :)
hehe, terlupa pulakk. sebelum balik kampung tu, hafiz dtg rumah aku. dia hulurkan kad raya :) dia kata "tak mahu baca sekarang. baca malam nanti." aku senyum je. dia siap tolong pasangkan langsir kat rumah sebab we all semua tak sampai. haritu pun masa tanggalkan langsir, hafiz jugak yg buat. haha, untunglah ummi nanti dpt menantu tinggi nak mati nii :p then bila dah balik kampung, malam tu lahh aku baca kad raya dia, sambil pegang bunga api yg ucu bagi tadi. dah habis baca, aku senyum memanjang :)
mana taknya, he's so sweet. ucapan dia, betul2 buat aku cair. oke2, whatever! tak mahu cerita :p dalam sampul surat kad raya dia tu, ade sampul duit raya. aku bukak perlahan2, dan tengok @_@" mak aii!! banyaknya dia bagi, RM50. hemm, thank you sayang :) haha.
sekarang ni, dah masuk raya ke-4. guess what, tekak aku sakit sangatt. tekalah kenapa? haha, ni semua sbb adik2 dan sepupu2 kecik aku tu. tiap2 mlm main mercun && bunga api. tiap kali bakar mercun, masa tu lah, masing2 sibuk jerit2 "ke tepi ke tepi!!!" aku pun turut serta menjerit. hahaha, iyelahh, takut2 nanti meletup kat tangan ke apa ke, kan nanti susah, beraya kat hospital pulak jawabnya.
haa, satu lagi nak dikongsi bersama, jumm2 :)
duit raya :D
ummi : RM10
makngah : RM10
ucu : RM10
maktok : RM20
ayah : RM70
papa : RM50 (please... cepat2 kahwin dgn ummi ;))
hafiz : RM50
oke, setakat itu je lah yg mampu aku tulis. lainkali kita sambung lagi ea. bye, assalamualaikum..
signing out^^
No comments:
Post a Comment