attention ^^

sesungguhnya, tuan punya blog tidak punya banyak masa untuk kerap meng"update". hal ini disebabkan, pada tahun 2010, dia telah pun berstatus calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Saturday, February 20, 2010

-CUTI MEMBOSANKAN.

hearts divider Pictures, Images and Photos

gambar di atas adalah gambar aku. rock lah sangat. cuti raya cina selama seminggu ni sangat membosankan. asik pergi latihan motor je. taktahu lah bila nak menghadap JPJ. dah tak sabar aku nak dapat lesen P. haiyoo, bosan gilaaa!


hearts divider Pictures, Images and Photos

Wednesday, February 17, 2010

-CHARLIE BIT MY FINGER.

hearts divider Pictures, Images and Photos


my favourite video :)

aku tak sabar nak baby sendiri!

hearts divider Pictures, Images and Photos

Friday, February 12, 2010

-ACCIDENT.

hearts divider Pictures, Images and Photos
ngeri betul lah!

semalam, aku & rakan-rakan sekelasku, adot, anan, hadi & nizam, telah dihantar oleh umiku ke hospital sultanah aminah di JB. ini kerana, kami melawat rakan sekolah kami yang juga merupakan teman lelaki anan. angah panggilannya. dia telah mengalami kemalangan jalan raya. kesian aku tengok dia. sedih sangat. anan menangis :(

dagu angah beralih, so doktor terpaksa operate dia & masukkan besi. kaki & tangan pula patah. kesian betul aku tengok. aku pun rasa macam nak ikut anan nangis. namun adot telah kalah, dia telah turut menangis juga. aku masih control. huu.

dedicated to angah ; moga angah cepat sembuh. so that, angah boleh buat apa yang angah suka. kitorang doakan angah oke ;)

*p/s ; angah is a handsome boy, dia kaki sukan di sekolah. bertuah anan dapat dia cos dia juga seorang yang cool, protective & baik. hehe!

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

Wednesday, February 10, 2010

-KEMATIANKU.

hearts divider Pictures, Images and Photos
semalam, dengan tiba-tiba sahaja aku terfikirkan soal kematianku. entah bila ajalku sampai. macam-maacam yang aku fikirkan. antaranya, bagaimana caranya aku mati? dalam keadaan yang macam mana? aku jadi takut & rasa macam nak menangis.

selain itu, aku juga sempat terfikir, kalau aku mati nanti, siapa lagi yang mahu meng"update" blog ni? siapa lagi yang mahu me"reply" semua messages Z di ym? sedih gila. mesti bila aku mati nanti, ramai orang yang akan merinduikanku.

tapi ada hal lain juga yang aku fikirkan yang lebih penting...

apakah amalanku cukup untuk dibawa ke akhirat bila aku mati nanti? Ya Allah, Ya Tuhanku... ampunkanlah dosa-dosa hambaMu ini. sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang hina & lemah...

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

Monday, February 8, 2010

-HAPPY BIRTHDAY NAJWA.

hearts divider Pictures, Images and Photos

7 Februari 1995, maka lahirlah seorang insan yang telah diberi nama Nor Amiratun Najwa bt. Azli. pada tahun 2010 ini, dia telah pun selamat mencapai usianya yang ke-15 tahun. wahai adikku sayang, HAPPY BIRTHDAY FOR YOU. moga dilindungi selalu, & dibanyakkan rezeki. amin...

*p/s ; tidak lupa juga kepada Z, maaflah, anda jauh sangat, jiha tak dapat beri apa-apa, happy birthday too, 5 Februari.

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

Saturday, February 6, 2010

-KEGILAAN CIK JIHA.

1. jiha paling gilakan ini :)2. kadang-kadang jiha mengidam gila nak makan campbell's ni, so jiha dah sediakan stok kat rumah. hahaha!
3. mango!
4. kalau malam-malam dah lapar gila, jiha makan maggi ni, haha. kadang-kadang pukul 3 pagi pun jiha lapar, jiha bangun, masak maggi.
5. tiap-tiap hari aku pergi sekolah, mesti ada benda ni!
6. & ini juga!
7. sambil study, sambil chupa chups!
8. sebenarnya jiha takdelah minat sangat makan coklat ni. tapi ini adalah salah satu stok yang akan selalu ada dalam ice box kat dapur tu, haha.
signing out ^^

Friday, February 5, 2010

-SURAT-SURAT LAMA.

hearts divider Pictures, Images and Photos
aku mempunyai sebuah kotak simpanan, ia berbentuk seperti kotak harta karun lah konon-kononnya. dalam kotak tersebut, aku akan simpan macam-macam benda yang aku rasa benda tu agak sentimental & mempunyai nilai yang sangat berharga bagi aku. sebagai contohnya, surat-surat lama :)

pichah, do you believe it or not? jie masih simpan all your letters, eventhough kertas yang kecik-kecik tu pun, i still keep it. jie baca semuanya semalam, & jie rasa, kita tersangat sweet lah pichah :) i miss that moment, really.

seterusnya, aku terpandang sampul surat berwarna coklat, kali ini pengirimnya bukanlah pichah, tetapi alem. aku baca isi-isi surat tersebut. alem, if you read this, aku nak kau tahu, aku sebenarnya rindukan kau. tapi bukan kau yang sekarang. aku teringin nak berbual dengan alem yang sempoi macam dulu. eventhough sebenarnya aku dah benci kat kau.

what ever!

& seterusnya, surat daripada wawa :) oke, nothing else i can say, only these 3 words, "I Miss You".

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

Thursday, February 4, 2010

-HOMEWORKS.

hearts divider Pictures, Images and Photos
add maths, physics, biology & slebihnya.

cikgu-cikguku yang baik hati telah memberikan kerja sekolah dengan begitu banyaknya sehinggakan aku terasa malas untuk menyiapkan tugasan mereka. oh tuhan, apa yang patut aku lakukan? terus tidur makan tidur makan & tidur balik? huu, kuatkanlah imanku. rajinkanlah aku. sesungguhnya aku hambaMu yang lemah, amin.


hearts divider Pictures, Images and Photos

Tuesday, February 2, 2010

-PETANG-PETANG.

hearts divider Pictures, Images and Photos
kenapa ye? sejak akhir-akhir ni kan, aku merasakan aku semakin gemar melayan kerenah kanak-kanak. terutamanya apabila waktu petang. adik-adik kecilku akan bermain di luar rumah, anak-anak jiran akan turut serta, & aku juga akan join sekali, melayan mereka. yang peliknya, sebelum ni aku tak begini. malah aku sanggup berhabis duit beringgit-ringgit untuk membelikan mereka aiskrim, haha. aku menjadi sangat pelik.

melihat mereka bermain basikal kecik, aku juga ingin bermain. haha, haritu aku telah berbuat demikian, maka ramailah yang memandang ke arahku. aku tersangat seronok pula dapat berbuat begitu, mendapat perhatian, haha.

to my adik-adik :

-dedek & ajiq, kakak sayang korang, mmuah!

to anak-anak jiran :

-mirza, jangan nakal-nakal. jangan suka cakap kasar-kasar. nanti kakak belanja lagi k.
-akim jangan malu-malu dengan kakak k, duduk sebelah rumah je kan? jadi budak baik tau.

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

-SUKANTARA SDARA 2010.

hearts divider Pictures, Images and Photos
acara sukantara yang telah diadakan pada hari ini ialah :
  • 100 meter lelaki & perempuan.
  • lompat tinggi lelaki & perempuan.
  • lompat jauh lelaki & perempuan.
  • lontar peluru lelaki & perempuan.

aku berada di dalam rumah hijau ; garuda, telah menjalani acara 100 meter & lompat tinggi, namun hasilnya sangat mengecewakan. keesokannya, rumah sukan aku akan menjalani acara lompat jauh serta melontar peluru pula. haii, bilalah penyiksaan ini akan berakhir. aku terlalu penat. & paling menyedihkan serta mengecewakan,

aku dah makin gelap, hitam.

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

Monday, February 1, 2010

-HAL SEKOLAH.

hearts divider Pictures, Images and Photos
okey, umi dah carikan aku tempat tuisyen. pusat tuisyen ihsan, sebelah kedai khalifah. haha, korang tak tahu kan tak tahu kan? ni tempat aku, aku sorang je lah yang tahu. bwekk :p okey-okey, ini serius. aku telah mengambil dua subjek sahaja iaitu matematik & juga matematik tambahan. aku akan menghadiri kelas tuisyen setiap hari isnin dan rabu pada pukul 8-10 malam. demi pelajaran, takpe, aku sanggup.

oh ya, aku juga telah dilantik sebagai pengerusi kelab rukun negara di sekolah, haha, aku merasakan aku sangat-sangat bertuah kerana aku pelajar baru di situ namun kerana cikgu normisiah mungkin telah perasan akan bakat serta kebolehan aku, sebab itulah beliau melantik aku, hahaha. aku juga semakin peramah & peramah di sekolah tersebut. maka makin ramai jugalah kawan-kawan yang mula menegurku. tapi seperti biasalah, aku tak pandai nak bergaul sangat dengan budak-budak baik ni, takpe, slow-slow okey. yang penting, aku kena terus jaga attitude.

signing out ^^

hearts divider Pictures, Images and Photos

sumpah, aku sayang mereka ^^